Hidayah School »

 

Ahli Jawatankuasa Sekolah Hidayah 2008/2009

 

Pengetua : En. Othman Mohd Noor

 

Setiausaha : Pn. Raja Mahawani Raja Mamat Kerkuklu

 

Pen. Setiausaha : Pn Nor Rashidah Abdul Aziz

 

Bendahari : Pn. Elayne Shafeenaze Muhammad

 

 

Latar Belakang Sekolah Hidayah

 

Sekolah Hidayah ditubuhkan pada tahun 1995 oleh warga Malaysia yang bermastautin di Coventry dan menuntut di beberapa buah Universiti sekitar bandar tersebut. Tujuan sekolah ini ditubuhkan adalah untuk memberi pendedahan dan manfaat kepada anak-anak Malaysia tentang pengetahuan Fardhu Ain, Fardhu Kifayah, Bahasa Melayu serta nilai-nilai murni dan budaya masyarakat Malaysia.

 

Sekolah Hidayah dibahagikan kepada 3 tahap iaitu:

 

i. Tahap 1 untuk pelajar berumur 3-5 tahun,

 

ii.Tahap 2 untuk pelajar berumur 6-10 tahun

 

iii.Tahap 3 untuk pelajar berumur 10-14 tahun

 

Pembelajaran dijalankan secara mingguan pada setiap hari Sabtu dari jam 10.00 pagi hingga jam 12.00 tengah hari di Muslim Resource Center, Stoney Stanton Road, Coventry.

 

 

 

 

WwW.MalaysianCoventry.Org © 2008 • Privacy Policy • Terms Of Use